10:21 PM Edit This 0 Comments »
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 30 Mei 2010

Seramai 7 orang pelajar Katering 4TV5 telah bertungkus lumus untuk menyiapkan 600 pek biskut tart nanas bermula pada hari Khamis(27/5), Jumaat(28/5) dan Sabtu(29/5). Ini adalah antara sumbangan pelajar katering dalam usaha memeriahkan lagi majlis makan malam amal. Jam 3.00 petang ahad Farhana dan Fatehan dengan seliaan Cikgu Wan Azila telah menghantar bungkusan tart ke Dewan Perbandaran Kajang.

2:22 AM Edit This 0 Comments »
AKTIVITI PERSATUAN

Kek Coklat Moist dan Pulut Panggang disediakan oleh pelajar 4TV4 bagi memenuhi aktiviti waktu petang. Selepas itu apa lagi... mereka melakukan aktiviti jualan, setidak-tidaknya dapat juga sedikit wang tabung persatuan. .... Teruskan MEMUPUK MINAT ANDA DALAM BIDANG KEMAHIRAN PENYEDIAAN MAKANAN DAN KEUSAHAWANAN.. April 2010


8:41 PM Edit This 0 Comments »
AJK PERSATUAN KATERING & PENYAJIAN TAHUN 2010




6:10 PM Edit This 0 Comments »
JAMUAN MESYUARAT KETUA-KETUA BIDANG DAERAH HULU LANGAT

Tarikh : 7 April 2010
Masa : 5.00 petang
Menu : Roti Jala, Puding Sagu, Lemon Asam Boi

Seramai 40 orang ketua bidang dari daerah Hulu Langat telah mengadakan mesyuarat di SMK Jalan Reko, Kajang dipengerusikan oleh En. Musa bin Ismail. Selepas mesyuarat jamuan makan diadakan di Cafe de Reko.Masa makan jam 4.00 petang, namu begitu... sejak pagi lagi pelajar-pelajar tingkatan 4 TV 4 dan 4 TV 5 telah berganding bahu menyiapkan juadah untuk hidangan para tetamu. Sebahagiannya bertugas untuk menyediakan tempat makan. Satu pujian untuk pelajar katering yang terlibat sanggup neluangkan masa di bilik katering sehinggalah jam 6.20 petang. Terima kasih juga kepada Pn. Kalthum bt Abbas di atas sokongan moral kepada pelajar-pelajar katering. Kita lihat senario sebelum, semasa dan selepas aktiviti menyiapkan hidangan untuk tetamu jemputan.

6:45 AM Edit This 0 Comments »
MAKAN & MAKANAN'

2 April 2010 (Jumaat)- Pagi tadi program motivasi bercerita tentang Pemakanan. Sayugia dimaklumkan" makan dan makanan" memang sinonim dengan kehidupan seorang pelajar Katering . Menyaji makanan kepada pelanggan merupakan sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar Katering.Macam-macam ragam cara makan. Kita lihat sorotan peristiwa ketika sedang makan.