9:58 PM Edit This 0 Comments »
COKLAT.. COKLAT.....COOOOKLAT...

Semua orang suka coklat... memang lazat.. makan sebiji , tak cukup... apa pun ... pelajar-pelajar katering ada sebahagiannya dah pandai buat coklat... yang ambil tempahan pun ada... sape rajin dia beroleh keuntungan... jangan hairan.... kotak coklat kat bawah ini boleh dimakan tau.....





















8:13 PM Edit This 0 Comments »
MAJLIS GRADUASI PELAJAR MPV KALI K3/2010
15 NOVEMBER 2010 (ISNIN)- Panitia MPV sekali lagi telah berjaya mengadakan majlis Graduasi untuk semua pelajar katering dan landskap. Diharapkan semoga ilmu kemahiran yang diperolehi dapat digunakan selepas tamat bergelar pelajar Reko.

UMMI MADIHAH MENERIMA SIJIL DRP PN.ROSNY OSMAN PENGETUA SMKJR


LAMA DAH TUNGGU....



HAI.... SEMPAT LAGI POSING...



KENANGAN BERSAMA CIKGU WAN AZILA


BAHAGIA SEKALI ............




GELAGAT PELAJAR KATERING TAHUN 2010.... SENTIASA DALAM KENANGAN....

1:46 AM Edit This 0 Comments »
AKTIVITI PERSATUAN - SOLEKAN - MAKE OVER

8 JULAI 2010 (KHAMIS)- Berkunjung ke rumah sanak saudara adalah satu kemestian apabila tiba raya. Apa lagi biskut dah disediakan, diri pulak mestilah nampak cantik dan bergaya.... hem... justeru itu.. Persatuan katering telah menjemput ibu Marlia untuk menunjukkan teknik asas solekan. Yang jadi model Cikgu Wan Azila dan Cikgu Noriza. Selepas itu, satu pertandingan diadakan di kalangan pelajar katering. Bukan main seronok lagi mereka. Jom kita lihat apa yang berlaku di Cafe de Reko

9:06 PM Edit This 0 Comments »
AKTIVITI PERSATUAN -BISKUT RAYA

Puasa belum, tapi suasana Raya sudah pun terasa.

1 Julai 2010 pelajar-pelajar katering telah menyediakan biskut raya. Sumber resepi diperolehi daripada internet, majalah dan buku resepi ibu. Jom kita lihat resepi-resepi menarik daripada mereka.

10:41 PM Edit This 0 Comments »
HIASAN CUP CAKE, FONDANT DAN SUGAR PASTE
27 JUN 2010 ( AHAD)- Persatuan Penduduk Sri An Nur Bukit Sri Mahkota sekali lagi telah menggunakan kemudahan bilik katering untuk mengadakan kelas Hiasan Cup cake. Bermula jam 8.30 pagi hingga 4.50 petang. Seronok betul nampak kaum ibu menhias kek. Tenaga pengajar ialah Chef Wan Rusyaini dari Kuala Lumpur. Lepas ni bole le ambil tempahan yea....


8:47 PM Edit This 0 Comments »
MAJLIS PERSARAAN EN.JAMUNGI & PN. ANGAMAH

Lumrah Alam; Datang dan Pergi silih berganti......pastinya... kehilanganmu tiada gantinya... Yang pasti ........ PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.......... Di kesempatan ini Pihak Katering telah memberi sumbangan Coklat Box kepada En. Jamungi dan Pn. Angamah... Nak tau tak.... Kotak coklat ini boleh dimakan tau.... Nak rasa boleh le datang ke Katering SMK Jln Reko untuk buat tempatahan.. OK


7:41 PM Edit This 0 Comments »
AMALI PENGUKUHAN 5TV4/2010 - PASTRI & KUIH TEMPATAN



10:44 PM Edit This 0 Comments »
LAWATAN PEGAWAI BPTV (PENGURUSAN AKADEMIK) PUTRAJAyA - 2 jun 2010

En. Ismail b. Ahmad, Nor Idzlina Idris dan K.Faizal b. Kamaludin mengadakan tinjauan perlaksanaan MPV di SMK Jalan Reko- 2 Jun 2010 (Rabu)


10:47 PM Edit This 0 Comments »
PENTAKSIRAN KOMPETENSI - 5TV3 /2010

27 APRIL 2010 ( SELASA )- Pelajar 5TV3/2010 diberi tugasan untuk menyedia, memasak dan menghias untuk aktiviti pentaksiran Hidangan Keraian iaitu untuk menyambut Ulangtahun Perkahwinan dan Hari Lahir.

6:31 PM Edit This 0 Comments »
KELAS FROZEN FOOD SRI ANNUR

Bilik Masakan Katering & Penyajian telah dipilih oleh Persatuan SRI An NUR Bandar Sri Putra untuk mengadakan Kursus Masakan Frozen Food iaitu Krim Ban, Kek Coklat Moist, Cucur badak, Samosa dan Donut. Kebanyakkan peserta kursus dihadiri oleh Suri rumah dari penduduk setempat.

10:21 PM Edit This 0 Comments »
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 30 Mei 2010

Seramai 7 orang pelajar Katering 4TV5 telah bertungkus lumus untuk menyiapkan 600 pek biskut tart nanas bermula pada hari Khamis(27/5), Jumaat(28/5) dan Sabtu(29/5). Ini adalah antara sumbangan pelajar katering dalam usaha memeriahkan lagi majlis makan malam amal. Jam 3.00 petang ahad Farhana dan Fatehan dengan seliaan Cikgu Wan Azila telah menghantar bungkusan tart ke Dewan Perbandaran Kajang.

2:22 AM Edit This 0 Comments »
AKTIVITI PERSATUAN

Kek Coklat Moist dan Pulut Panggang disediakan oleh pelajar 4TV4 bagi memenuhi aktiviti waktu petang. Selepas itu apa lagi... mereka melakukan aktiviti jualan, setidak-tidaknya dapat juga sedikit wang tabung persatuan. .... Teruskan MEMUPUK MINAT ANDA DALAM BIDANG KEMAHIRAN PENYEDIAAN MAKANAN DAN KEUSAHAWANAN.. April 2010


8:41 PM Edit This 0 Comments »
AJK PERSATUAN KATERING & PENYAJIAN TAHUN 2010